Monday, January 21, 2013

Cekna's HeeJab permulaan baru saya

Alhamdulillah  Oktober 2012 yang lepas Cekna's HeeJab N cLoseT dah mula beroperasi secara serius coz sebelum ney just santai2. Alhamdulillah syukur, dari berniaga di friendster , Myspace, Facebook kemudian ke blog. Masa tu pun berniaga secara suka-suka Tahun 2010 CHNL beralih ke website  mudah sikit nak uruskan lagi pun uruskan sendiri. Alhamdulillah tahun 2012 CHNL muncul di alam nyata.

Sebenarnya dalam perjalanan ni ramai sangat yang membantu dan bagi sokongan. MashaAllah beruntungnya Allah hadirkan orang-orang ini dalam hidup! Cekna doakan mereka ini diberikan keberkatan dan bahagia hidup kerana banyak membantu. Dan berkat bonda tercinta dan famly  yang banyak bagi sokongan. Kalau tak, mungkin ini pun tak jadi kenyataan. 

Setiap orang mempunyai cita-cita masing-masing. Jika anda seorang pekerja, cita-cita anda mungkin mahu mendapat gaji yang lebih tinggi pada tahun hadapan. Jika anda seorang penuntut, mungkin anda mahu mendapat markah yang tertinggi dalam ujian akan datang. Jika anda pula seorang suri rumahtangga, mungkin anda mahu membina satu perniagaan sambilan di rumah seperti perniagaan online. Setiap orang mempunyai hak untuk membina cita-cita dan berusaha untuk mencapainya.

CHNC masih muda. Banyak lagi kena belajar dan perbaiki. Maaf kalau sepanjang Cekna berurusniaga ada salah silap, disebalik blog ini hanya insan biasa yang banyak kekurangan




No comments:

Post a Comment