Alhamdulillah Oktober 2012 yang lepas Cekna's HeeJab N cLoseT dah mula beroperasi secara serius coz sebelum ney just santai2. Alhamdulillah syukur, dari berniaga di
friendster , Myspace, Facebook kemudian ke blog. Masa tu pun berniaga secara suka-suka Tahun
2010 CHNL beralih ke website mudah sikit nak uruskan
lagi pun uruskan sendiri. Alhamdulillah tahun 2012 CHNL muncul di alam
nyata.
Sebenarnya dalam perjalanan ni ramai sangat yang membantu dan bagi
sokongan. MashaAllah beruntungnya Allah hadirkan orang-orang ini dalam
hidup! Cekna doakan mereka ini diberikan keberkatan dan bahagia hidup
kerana banyak membantu. Dan berkat bonda tercinta dan famly yang banyak
bagi sokongan. Kalau tak, mungkin ini pun tak jadi kenyataan.
Setiap orang mempunyai cita-cita masing-masing. Jika anda seorang
pekerja, cita-cita anda mungkin mahu mendapat gaji yang lebih tinggi
pada tahun hadapan. Jika anda seorang penuntut, mungkin anda mahu
mendapat markah yang tertinggi dalam ujian akan datang. Jika anda pula
seorang suri rumahtangga, mungkin anda mahu membina satu perniagaan
sambilan di rumah seperti perniagaan online. Setiap orang mempunyai hak
untuk membina cita-cita dan berusaha untuk mencapainya.
CHNC masih muda. Banyak lagi kena belajar dan perbaiki. Maaf kalau sepanjang Cekna berurusniaga ada salah silap, disebalik blog ini hanya insan biasa yang banyak kekurangan